Blog Post (1)

Perjalanan Selepas SPM

Bagi yang ingin meneruskan cita-cita dan impian tu, mesti peningkan nak isi borang UPU. Walaupun dah seminggu lebih rasenya result keluar kan. Untung adik-adik semua, banyak sangat peluang & kursus yang ditawarkan di IPTA sekarang ni. Tak macam zaman dulu. Limited.

Hala tuju selepas SPM ni banyak cabangnya. Kalau tak dapat tawaran matrikulasi, mesti dapat tingkatan 6.
Lepas tu, baru fikir nak masuk IPTA, IPTS, Politeknik la apa. Biasanya 6 laluan ini yang dipilih budak lepasan SPM.

1. Program Matrikulasi
Biasanya dipohon masa tingkatan 5 lagi. Berpandukan result percubaan SPM. Tak banyak aliran, sains dan perakaunan. Setiap negeri ada. Yang dekat Pulau Pinang tu nampak macam best je dari highway. Ada yang setahun ada yang dua tahun. Kaedah pembelajaran memang struggle. Kalau sangkut confirm kena tendang. Suasana masih sama macam sekolah, sebab ada loceng. Hahaha. Misal kata, ada tuntutan mendesak nak keje sijil ni tak boleh diguna pakai nak mohon keje, hanya boleh untuk sambung belajar ke peringkat degree sahaja. Tu la kelemahan dia. Kalau result tak bagus, kena lelong masuk kursus lain. Yang bagusnya past track ke degree level. Jimat masa.

2. Tingkatan 6 (STPM/STAM)
Dengar pun rasa macam seram kan. Kalau boleh nak elak. STPM ni exam paling susah berbanding exam yang lain dekat negara kita ni. Tempoh pengajian dua tahun, lower six, upper six. Kena pakai uniform sekolah. Cuma level korang tak macam budak tingkatan 4, 5 la. Cara layanan pun berbeza. Dah dewasa kan. Aliran pun tak banyak jugak, standard biasa budak STPM ambik aliran sains atau sastera. Tapi banyak kelebihannya. Ya la berbaloi dengan kesusahannya jugak. STPM ni sama level dengan diploma & matrikulasi.

Sijil boleh guna untuk kerja dan sambung degree. Peluang untuk dapat tempat di IPTA (sambung degree) sangat cerah berbanding lepasan diploma & matrik. Kuota lebih banyak. Pilihan kursus yang banyak bergantung pada syarat khas sesuatu program. Kesimpulannya tak susah budak STPM nak sambung belajar, kerja pun senang. Orang respect sangat lagi-lagi kalau keputusan cemerlang.

3. Program Asasi/ A-level
Yang ni lebih kurang macam matrikulasi jugak. Cuma ada di IPTA dengan IPTS je. Sijil tetap tak boleh guna nak minta kerja. Tapi banyak aliran dan pengkhususan yang ditawarkan berbanding matrikulasi. A-level ni program persediaan kalau nak study dekat oversea. Kebanyakkan IPTS yang ada link dengan luar negara wajib ada program ni. Tapi mahal la kalau swasta.


4. IPTA (Diploma Awam)
Haa sini tempat impian ramai budak SPM. Dapat tawaran pun dah rasa bangga giler, belum lagi study dekat sana. Tapi isunya PTPTN. Nak mohon yayasan negeri, baitulmal pun senang. Yang dapat tajaan, biasiswa lain ceritanya. Dah nama pun IPTA, yuran separuh kos ditanggung oleh kerajaan. Kiranya tak ada la begitu membebankan. Tu yang ramai nak sangat. Kalau nak sambung degree dalam kursus yang sama, boleh transfer kredit, tempoh penggajian pun jadi singkat. Cuma kalau nak tukar IPTA dan kursus lain, korang terpaksa bersaing dengan budak STPM, Matrik & diploma IPTS lain.

5. IPTS (Diploma Swasta)
Mentaliti orang kita kalau masuk IPTS ni anak orang kaya. Yalah kalau dah kaya bagi la peluang dekat orang miskin nak sambung study dekat IPTA. Tapi tak semestinya untuk orang kaya sahaja. Biasanya ini pilihan terakhir bila gagal UPU. Pinjaman pelajaran kan ada, tak ada PTPTN, MARA pun boleh. Lagi best pulak tu. Tapi sekarang tak pulak, korang search la sendiri ye, akak dah penat taip semua ni. Tapi pusat pengajian under MARA still boleh mohon lagi. Kelebihannya, tak ada cuti panjang 3 bulan macam IPTA. Bosan giler kot cuti lama sangat ni. Maka, tempoh pengajian jadi singkat. Dalam satu semester, tak banyak subjek, boleh drop subjek ke next semester kalau tak ready lagi nak bawa masa tu. Bila tak banyak subjek, mudah untuk lebih fokus pada sesuatu subjek tu. Kalau nak sambung degree dekat IPTA, make sure CGPA korang tinggi, sebab korang kena bersaing dengan lepasan STPM, matrikulasi & asasi.

6. ILKA (SKM/DKM/DLKM)
Pilihan yang kurang popular. Biasanya dipandang low class dan untuk orang yang tak berapa pandai dalam akademik. Sinis kan bunyinya. Popular atau tidak sesuatu laluan atau institusi itu tidak menjamin kejayaan kita, sebab yang penting adalah usaha. Di ILKA ni lebih menekankan aspek amali daripada teori semata-mata. Demi mengelakkan cakap orang  seperti ni “sembang pandai, tapi bila buat keje bodoh.” Setengah individu ni lebih cekap, pandai bidang kemahiran & pertukangan ni daripada bidang akademik. Kalau adik-adik jenis malas nak hafal pelbagai macam jenis teori, ini pilihan yang paling sesuai. Lagi satu inilah tempat yang akan mendisiplinkan adik-adik terutama aspek masa dan keperibadian. Nanti bila dah kerja tak ada la panas punggung dengan sistem 8 jam kerja. Sure tahan punya la.

Di bawah ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) ada ILP, ADTEC dan CIAST (pengajar bidang kemahiran). IKBN bawah Kementerian Belia dan Sukan. Giat Mara, IKM under MARA. Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah Ada pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan. Sekarang ni mostly terus ke TAHAP DUA, tahap 1 dah tak ada. Dulu boleh dapat sijil mengikut tahap sekarang ni, kalau gagal satu tahap dikira gagal secara keseluruhan. Peluang sangat cerah untuk menempatkan diri dalam industri pekerjaan. Ada sesetengah kursus jadi rebutan majikan. Banyak syarikat yang datang ke ILJTM untuk cari pekerja.

7. Paper Julai/SPMU (SPM Ulangan)
Yang ke-7 ni ada dua pilihan, sama ada ulang sekolah balik, ambik paper julai ataupun kerja kilang (yang popularnya). Sapa kata kerja kilang lekeh. Gaji diorang lagi mahal dari orang yang keje dekat office (8am-5pm) tu dik oi. Nak belajar lagi, rasa tak boleh pergi. So pilihan terakhir kerja la. Lagi pulak, parents tak mampu nak tanggung kos pengajian. Tu pun kalau layak terima sijil la. Kilang ni koman-koman nak yang ada sijil SPM. Tempat lain pun sama. Takkan nak harapkan sijil PMR adik yang tak seberapa tu pulak. Eh, PT3 kan. Sekarang ni makin susahkan, dulu kena lulus bahasa melayu sahaja dah layak terima sijil.

8. MAKTAB PERGURUAN/CIAST
Maktab Perguruan pun ada jugak budak SPM berminat. Ada yang bercita-cita nak jadi guru, pendidik dan pengajar. Syarat nak masuk maktab ni boleh tahan ketat jugak. Result kena power. Kalau nak jadi guru kenalah pandaikan. Banyak juga IPTA lain yang tawarkan kursus pendidikan seperti UPSI, UiTM. Tak layak mohon maktab apply la kursus pendidikan di UPSI atau UiTM, masa isi borang UPU tu. Misal kata lepas dah tamat degree tetiba rasa nak jadi cikgu boleh je mohon KPLI.

CIAST ni institusi yang melahirkan pengajar khusus dalam bidang kemahiran. Tapi lepasan graduan ijazah pun boleh mohon jadi pengajar walaupun bukan pelajar ILJTM. Nampak macam agak kejam persaingan di situ. Lepasan CIAST ni tak ramai berbanding graduan lain.

Pesanan di sini, sebelum adik-adik buat keputusan nak pilih laluan mana, sila ukur kemampuan diri, kebolehan, MINAT, kesesuaian keputusan SPM dan kewangan family adik-adik dulu. Supaya tak menyesal di kemudian hari tersalah pilih laluan. Perit kalau nak ubah laluan nanti. Persaingan makin hebat.