Blog Post (4)

Universiti kerajaan yang menawarkan diploma penguatkuasaan undang-undang

Universiti kerajaan biasanya menawarkan program diploma dan ijazah di dalam bidang undang-undang di kampus mereka sendiri atau melalui institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program-program yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang atau pentadbiran undang-undang biasanya ditawarkan di institusi swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buat masa kini, belum lagi ada universiti kerajaan yang menawarkan program tersebut.

Jika anda berminat untuk menyambung pengajian ke program penguatkuasaan undang-undang, anda perlu mencari kolej swasta yang menawarkan program ini dan pastikan kolej tersebut telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan kualiti pendidikan yang berkualiti.

Di sini kami senaraikan kolej swasta yang menawarkan program diploma penguatkuasaan undang-undang yang telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA beserta dengan kelebihan masing-masing:

  1. LPU Malaysia (Kolej Universiti Antarabangsa Inovatif)
    Di kolej ini mereka menawarkan peringkat sijil dan juga diploma beserta dengan latihan asas penguatkuasaan seperti latihan menembak dan latihan kawad kaki. Pensyarah mereka juga adalah dari badan penguatkuasaan sendiri.
  2. Kolej Saito
    Di kolej ini mereka menawarkan peringkat diploma, ijazah dan juga master. Pengajian yang diajar adalah berlandaskan teori.
  3. Kolej Unikop
    Di kolej ini mereka menawarkan peringkat diploma sahaja. Pengajian yang diajar adalah berlandaskan teori.
  4. Kolej Universiti Alfa
    Di kolej ini mereka menawarkan peringkat diploma sahaja. Pengajian yang diajar adalah berlandaskan teori.

Banyak lagi nama kolej yang kami tidak senaraikan atas faktor kebanyakkan masih mempunyai status akreditasi sementara oleh MQA.