Aktiviti Latihan Menembak Kali Ke-3 Berjaya Dijalankan
Pada 6 dan 7 Ogos lalu, aktiviti latihan menembak kali ke-3 telah berjaya dijalankan dengan penuh semangat dan dedikasi. Latihan ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti pengenalan kepada senjata api, teknik-teknik menembak yang betul, keselamatan semasa menggunakan senjata api, serta latihan praktikal di lapang sasar.
Dalam sesi kali ini, para pelajar diberi peluang untuk menggunakan senapang dengan peluru berkapasiti .22mm. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran menembak mereka, tetapi juga menekankan kepentingan keselamatan dalam penggunaan senjata api. Ramai pelajar menunjukkan prestasi cemerlang dengan memperoleh markah yang tinggi, membuktikan keberkesanan latihan yang dijalankan.