Pada sesi latihan kali ini, seramai 50 orang pelajar telah dihantar untuk mengikuti latihan asas pengedalian senjata api. Latihan ini merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran yang dijalankan oleh fakulti penguatkuasaan undang-undang LPU Malaysia untuk melatih pelajar dalam penggunaan senjata api dan kemahiran menembak.
Latihan ini melibatkan aspek-aspek seperti pengenalan kepada senjata api, teknik-teknik menembak yang betul, keselamatan semasa menggunakan senjata api, dan latihan praktikal di lapang sasar.
Ini adalah salah satu langkah yang penting dalam memastikan individu yang mengendalikan senjata api mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjaga keselamatan mereka sendiri dan orang lain semasa menggunakan senjata api jika bertugas sebagai penguatkuasa nanti.
Markah tertinggi dicatat pada Batch-2 adalah sebanyak 40/50 oleh pelajar perempuan.